Friday 10 April 2009

EXTREMLY X CAMP 09........



















Kem ini merupakan final kami yang dijalankan di latto' Charok, Pahang. Seramai 63 orang peserta dan belasan fasilitator yang mengikuti kem ini. Program yang dijalankan selama 7 hari ini telah memberikan banyak input, pengalaman dan ilmu yang sangat banyak yang sukar diperolehi di mana-mana tempat. Aktiviti seperti LAW ROPE COURSE, WATER RAFTING, CAMP CRAFT, WATERFALL ABSEILLING, MOUNTAIN BIKING, SURVIVAL dan KEMBARA telah memberikan banyak kenangan manis yang tak dapat saya lupakan.



Di kem ini, kami mempelajari erti kerjasama sesama pasukan dalam menjayakan sesuatu task.
Di disinlah saya dan rakan pasukan saya sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti. Tanpa kerjasama, kerja tersebut mungkin akan selesai tetapi tidak akan begitu perfect seperti membuat bersama-sama satu pasukan dan masa yang diperuntukan untuk menyiapkan task pasti mengambil masa yang sangat lama seperti kata orang, kalau lidi sebatang, ianya sangat mudah dipatahkan tetapi apabila segulung lidi diikat, ianya sangat susah untuk di patahkan.


Disamping itu, aktiviti yang paling menyeronokakn sekali adalah survival di mana kami di tinggalkan bersama pasukan kami di tengh-tengah hutan untuk memeruskan kehidupan dengan hanya membekalkan fly sheet, garam, gula, kopi, 5 batang mancis dan satu plastik kecil beras. Di hutan tersebut, kami bekerjasama untuk mendirikan shelter untuk kami berteduh dan menghidupkan api. kami masing- masing bergilir-gilir sentri bagi mematikan keadaan sekeliling selamat.




Kem kami berakhir pada hari Jumaat petang. perasaan sedih bergelumang di dalam hati kami kerana terpaksa meninggalkan kem ini yang mempunyai banyak kenangan-kenangan dan rakan -rakan yang baru kami kenal selama 7 hari. Kami ibarat sebuah keluarga besar. moga kem-kem seperi ini akan dapat kami jalankan lagi..SEMOGA KETEMU LAGI....... "EXTREMLY X CAMP 09"

No comments: